Disebabkan mempercayai doktor itu, saya hanya mengikut arahan apabila diminta membuka baju dan dan pakaian dalam, namun dia meraba lama dada saya hingga saya berasa sakit.
“Saya mula berasa curiga dan takut apabila doktor itu menyatakan saiz buah di dada saya besar selain mengajak saya melakukan hubungan,”
Seorang ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 34 tahun yang trauma selepas mendakwa dicabul oleh seorang doktor sebuah hospital swasta, di sini.
Menurutnya lagi, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu ketika dia ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan masalah darah tinggi, hidung berdarah, sakit perut dan sukar membuang air.
Nurul berkata, dia mengenali doktor berusia lingkungan 40-an itu kerana pernah mendapatkan rawatan daripadanya sebelum ini lagi. Tambahnya, sebelum kejadian mencabul itu berlaku, doktor terbabit mengarahkannya berbaring dengan alasan mahu memeriksa tekaknya
0 comments:
Post a Comment