TINDAKAN yang tidak bertanggungjawab seorang pelajar yang mengemukakan soalan berbentuk provokasi terhadap kerajaan kepada seorang penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik telah mengundang perasaan resah dikalangan para pensyarah pula.
Semalam, seorang pensyarah UNISZA tampil menjelaskan bahawa bakal doktor muda tersebut bukan pelajar dari universiti tersebut. Soalan tersebut dikemukakan oleh pelajar tersebut kepada Dr Zakir semasa beliau mengadakan ceramah di Stadium Tertutup Gong Badak.
Pensyarah tersebut membuat kenyataan dalam Facebook milik beliau, Abdullah Ibrahim menekankan bahawa pelajar terbabit bukan dari UniSZa.
“Sebagai pensyarah di UniSZa, saya ingin memaklumkan kepada teman-teman yang bertanya dan inginkan penjelasan tentang pelajar perubatan yang bertanya Dr Zakir Naik Semalam, beliau bukanlah pelajar perubatan UniSza”” Harap sahabat dan teman-teman ambil maklum dan tidak mengaitkan nama baik universiti kami,cukup saya menyatakan beliau dari Tepoh.Terima kasih” katanya.
Menurut sumber, pelajar tersebut berasal dari Tepoh, Kuala Nerus dan sedang menjalani pengajian medic di UIA kampus Kuantan.
Semasa sesi soal jawab, pelajar itu menanyakan soalan, “Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti beliau yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser? Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi hingga memaksa pelajar sepertinya berhutang dan menanggung riba.” Soalan gadis tersebut diberi tepukan gemuruh dan sorakan oleh penonton (mungkin daripada student juga).
Kemudian Dr Zakir pun tanya pelajar tersebut, “Berapa yuran pengajian doktor di Malaysia?”. Gadis itu menjawab, “RM3600 setahun”. Dr Zakir cukup terkejut dengan fakta ini. Menurut beliau, kos pengajian perubatan di kebanyakan negara mencecah sehingga RM100,000.
Ini bermakna, kerajaan Malaysia telah memberikan subsidi yang amat banyak kepada pelajar perubatan. Tambahan pula, Malaysia mempunyai pinjaman tanpa faedah kepada pelajar. Oleh itu, tindakan mengambil pinjaman yang ada riba tu merupakan langkah yang tidak bijak sama sekali. Dengan kata lain, itu merupakan tindakan yang salah dari pihak pelajar itu sendiri.
0 comments:
Post a Comment