Tuesday, 15 March 2016
Filled Under:
18 Keatas,
Berita,
Foto,
Gambar,
Info,
Isu Semasa,
Kantoi,
Ngeri,
Panas,
Pelik,
Peringantan,
Peringatan,
Semasa,
Seram,
Status,
Tauladan
Memang Tak Senonoh ! Terus Terang Je , Memang Besar Pun..Saya Terkejut Melihat "Belalainya" Yang......
Posted By:
Unknown
on 19:56
#Saya terkejut melihat ada belalai gajah yang besar dan panjang sedang mencapai pucuk kayu. Melihat sinar lampu motor, gajah langsung mengejar. Beruntung saya dapat melarikan diri
#CHEMOR – Penduduk di Kampung Ulu Chemor, di sini, bimbang apabila sekumpulan gajah bukan sahaja memusnahkan kebun pisang milik mereka, malah haiwan itu sudah bertambah hampir dengan kawasan kediaman mereka.
#Jika sebelum ini, haiwan itu hanya dikesan di kawasan pinggir Kampung Ulu Kuang yang terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian, namun binatang itu mula menghampiri kampung yang hampir dekat dengan jalan utama.
#Tinjauan Sinar Harian mendapati kebun pisang dan ubi milik Abdul Manan Wahab, 63, yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya musnah.
#Malah, dari kesan najis yang ditinggalkan mendapati haiwan itu mula memasuki kebun sawit dan getah berhampiran.
#Menurutnya, lebih 20 tahun menanam pelbagai tanaman kontan, penduduk tidak pernah berhadapan dengan serangan gajah sehinggalah kejadian mula disedari Jumaat lalu.
#Pengakuan Beberapa Mangsa :
#“Saya terkejut melihat ada belalai gajah yang besar dan panjang sedang mencapai pucuk kayu. Melihat sinar lampu motor, gajah langsung mengejar. Beruntung saya dapat melarikan diri,” tuturnya.
#mangsa kedua: "Mulanya saya ingat ia perbuatan khianat, tapi saya terkejut bila ternampak najis gajah di kawasan berhampiran.
#"Serangan itu menyebabkan lebih 50 pokok pisang dan ubi kayu serta pagar di kawasan seluas 1.2 hektar musnah dipijak sekumpulan gajah," katanya yang mendakwa rugi lebih RM1,000.
Penduduk takut ke kebun
#Abdul Manan berkata, dia tidak terserempak dengan gajah setakat ini, namun keadaanitu menyebabkan penduduk takut untuk ke kebun.
#"Kami takut kalau terjumpa sekumpulan gajah yang mungkin dekat dengan kami sehinggakan tak berada lama di kebun.
#"Kebun pula tak jauh dari rumah, jadi tak mustahil haiwan ini akan tersesat masuk kampung untuk cari makanan," katanya.
Katanya, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah dimaklumkan berkenaan hal ini, namun haiwan itu masih memasuki kebunnya.
#"Serangan terbaru dua hari lalu dan harap mereka dapat ambil tindakan segera agar keselamatan penduduk lebih terjamin lebih-lebih lagi mereka yang bekerja di kebun," katanya.
#Kawalan dan pemantauan dijalankan
#Sementara itu, Pengarah Perhilitan Negeri, Rozidan Md Yasin berkata, sepasukan kakitangan dari Unit Tangkapan Gajah bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima aduan penduduk.
#“Hasil siasatan mendapati terdapat kesan tapak kaki gajah dan menganggarkan lima hingga lapan ekor dikesan di kawasan berkenaan berdasarkan pelbagai ukuran saiz kaki.
#“Kita sudah menjalankan operasi pemantauan dan menghalau gajah itu untuk masuk semula ke habitat asal Hutan Simpan Korbu dan Hutan Simpan Ulu Kinta. Kita berjaya menghalang beberapa gajah menghampiri kawasan penempatan sejak operasi dijalankan,” katanya.
#Menurutnya, perbincangan bersama penduduk diambil bagi mengambil langkah berjaga-jaga termasuk tidak membuat aktiviti luar sehingga lewat malam.
#“Penduduk diminta melaporkan segera sekiranya ada gajah dikesan di kawasan berhampiran, namun tidak mengambil tindakan sendiri terhadap kumpulan gajah liar.
#Sekiranya menoreh, lakukan secara berkumpulan dan tidak terlalu awal pagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment