Tuesday, 15 March 2016

HUKUM PANJANGKAN ZAKAR DAN BESARKAN PAYUDARA SEBENARNYA BUAT RAMAI MUSYKHIL ??



ASSALAMUALAIKUM dibawah ini adalah hukum hakam agama tentang membesarkan zakar lelaki dan membesarkan payu dara wanita..

Ustaz, ana ada sedikit kemusykilan mengenai penggunaan ubat tradisional untuk memanjang dan membesarkan saiz zakar lelaki yang semakin popular hari ini. Ada mengatakan hukumnya haram atas alasan mengubah ciptaan Allah s.w.t. Ada pula mengatakan tidak mengapa atas alasan kesihatan.

Adakah alasan untuk menaikkan syahwat dibenarkan untuk membolehkannya? Bagaimana pula dengan penggunaan alatan-alatan seperti pump untuk tujuan yang sama? Mohon tunjuk ajar dan rujukan daripada pihak Fiqhmedic. Wassalam

Wassalam dan Syukran atas soalan.

Jawapan oleh Abul Harith:

Hukum membesarkan dan memanjangkan zakar, tertakluk kepada dua keadaan;
Ia menjadi HARAM apabila;

– bertujuan ke arah melakukan zina & maksiat
– membuat prosedur yang lebih memudaratkan diri sendiri
Sebaliknya, ia dikira HARUS apabila;

– bertujuan mengekalkan keharmonian rumah tangga
– bertujuan mendapatkan lebih ramai zuriat

Dalam hal ini, ia bergantung kepada niat individu tersebut. Ianya bergantung kepada tujuan samada baik ataupun buruk. Ia sama seperti hukum pembesaran payudara. Sila rujuk;
http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/04/01/pembedahan-pembesaran-payudara/

Namun, mengikut sains perubatan, prosedur pembesaran dan pemanjangan zakar bukanlah satu keperluan atas alasan berikut;

1. Panjang zakar adalah tetap (fix) pada setiap lelaki iaitu sekitar 5 inci (12-14 cm). Manakala panjang vagina kebanyakan wanita adalah maksimum adalah 4 inci (10 cm). Saiz kebanyakan zakar lelaki adalah memadai.

2. Disebabkan panjang zakar yang tetap, apa sahaja prosedur sama ada pembedahan atau rawatan lain tidaklah menambah kepanjangan zakar.

3. Pembedahan dilakukan dengan memotong ligament yang menggantung zakar (samada fundiform & suspensory ligament). Jadi zakar akan tertonjol keluar dan kelihatan lebih panjang.

4. Implantation silikon boleh membesarkan & memanjangkan zakar, namun terdapat banyak mudarat yang lebih teruk.

5. Rawatan ubatan tradisional pula dirisaukan mempunyai kandungan yang diragui dan memudaratkan, seperti mendatangkan komplikasi pada hati dan buah pinggang.

6. Urutan mungkin berkesan untuk melancarkan saluran darah pada zakar, namun hendaklah dilakukan oleh doktor yang pakar. Urutan tradisonal dikhatiri akan merosakkan tisu, salur darah & urat saraf


7. Penggunaan pump pula adalah untuk merawat mati pucuk (erectile dysfunction), bukannya untuk membesarkan zakar. Penggunaan melampau boleh menyebabkan zakar melecet dan tercedera


Bagi mereka yang gemuk dan obese pula, boleh jadi 1/3 hingga ½ pangkal zakarnya dilindungi lemak yang berada di bahagian perut & pubic (pangkal zakar). Jadi senaman dan gaya hidup sihat boleh mengurangkan lemak & menonjolkan zakar kembali.

Berdasarkan kajian juga, kebanyakan individu yang merasakan zakarnya kecil adalah kerana perasaan inferior mereka dan faktor psikologi semata-mata. Begitu juga orang yang mendakwa berjaya membesarkan zakar, kebanyakannya tetap sama, cuma mereka mahu percaya zakar mereka telahpun panjang selepas makan ubat tertentu. Hal ini sama sahaja dengan placecbo effect.

Kesimpulannya, usahlah isu saiz zakar menjadi keresahan Muslim. Jumpalah doktor yang pakar jika ada masalah. ALLAH memerintahkan kita menjaga ‘amanah’ kemaluan yang diberi dengan sebaik-baiknya. Banyakkan pergantungan, ibadah dan doa kepada ALLAH demi menjaga keharmonian rumah tangga.

HUKUM MEMBESARKAN PAYUDARA WANITA.


Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada addeen :

“ustaz , nak tnyer hukum fiqh la ckt

hukum sorang pompuan membesar payu dara haram coz mengubah ciptaan Tuhan , so bagaiman dengan produk ombak besar dan lain2 yang berada di pasaran?adakah haram ?

apa bezanya produk ombak besar jika dibandingkan dengan cara menggunakan jarum bg mendapatkan hasil yang diinginkan dari segi hukum fiqh ?
tq“
Serba salah Ustaz Love nak jawab soalan ni.. ia agak sensitif terutama di kalangan wanita (walaupun lelaki juga punya payu dara). Jadi bacalah entry ini dengan wajah dan pemikiran yang serius.. jangan larikan fokus pemikiran kepada perkara2 yang tak sepatutnya.

Secara umumnya, sebarang aktiviti yang mengubah ciptaan Allah secara kekal, maka hukumnya adalah haram (kecuali dalam kes2 khusus yg dinyatakan dalam hadis spt menyambung rambut, mencukur bulu kening dsb yang mana walaupun ia akan tumbuh kembali atau boleh diubah kepada asal, tetapi ada larangan khusus yg mengharamkan perbuatan itu). Bagi perkara2 yang tiada larangan khusus, maka kena lihat sama ada perubahan itu melibatkan perubahan kekal atau tidak.

Sebagai contoh, jika melakukan pembedahan plastik pada wajah, maka hukumnya adalah haram kerana ia mengubah wajah itu secara kekal. Begitu juga dengan jika melakukan pembedahan pembesaran payudara untuk tujuan kecantikan, maka hukumnya adalah haram. Ia berbeza jika ada isu perubatan di situ..

sebagai contoh, jika seorang wanita dewasa mempunyai payudara yang kecil (macam budak belum akil baligh), maka ia dikira suatu kecacatan dan ada maslahah tertentu untuk dibesarkan (supaya boleh menjadi wanita yg normal dan boleh menyusukan anak), maka ketika ini harus melakukan pembedahan pembesaran payudara. Ataupun jika payudara terlalu besar sehingga menyebabkan sesak nafas ataupun selalu nak tersembam (sbb terlalu berat), maka haruslah melakukan pembedahan untuk mengecilkannya.

Kiranya, kalau ada maslahah dari sudut perubatan (dan disahkan doktor tiada kesan sampingan yg membahayakan), maka haruslah melakukannya.

Itu kalau bab pembedahan.. bagaimana pula dengan bab membesarkan payudara dengan cara suntikan atau pemakanan (makan ubat Ombak Besar ke, Ombak Rindu ke, Ong Bak ke dsb)? Bab suntikan dan pemakanan ini, harus melakukannya.. kerana perubahan itu bukanlah perubahan yg kekal abadi. Setakat pengetahuan Ustaz Love, produk2 pembesaran ini perlu diambil dalam skala dan tempoh tertentu untuk memperolehi hasil yang diinginkan.

Walaupun pembesaran itu melalui proses penambahan hormon dsb, tetapi ia berlaku secara semulajadi dan alami.. bukanlah lepas2 makan, terus payudara berubah bentuk.. sebaliknya perlukan masa sikit2 untuk membesar.

Cuma, dalam keghairahan melakukan perkara ini, perlu diperhatikan beberapa perkara.. antaranya yang paling utama adalah niat.. sbb apa nak lakukan pembesaran itu? Adakah sebab supaya nampak seksi dan nak tunjuk kepada lelaki (selain suami)? Kalau itulah tujuannya, maka hukumnya adalah haram.. kerana niatnya itu tak menghalalkan cara.

Ataupun jika menggunakan bahan2 terlarang.. sebagai contoh, menggunakan silikon yang merbahaya dan boleh menyebabkan kematian jika payudara itu pecah (masa kemalangan ke, tercucuk jarum ke.. kihkih).. ataupun menggunakan bahan2 yg haram spt bahan2 yang mengandungi DNA babi dsb.

Jangan pula silap faham bila dikatakan harus melakukan suntikan hormon itu, maka para pondan2 pun mengatakan harusnya mereka membesarkan payudara.. itu dah masuk bab lain.. menjadi pondan tu pun dah haram, tak kira la suntik hormon ke, tak suntik hormon ke.. yg Ustaz Love cerita ni pasal wanita tulen, bukan tiruan.. kihkih..

Apa pun, dapatkan dulu nasihat pakar perubatan yang diiktiraf.. ada kemungkinan orang lain takde masalah nak makan, tapi kita ada masalah.. sebab tubuh badan kita ni tak sama.. ada yg sakit kepala, makan panadol 2 biji boleh hilang.. ada yg kena makan ponston baru boleh hilang..ustaz love




0 comments:

Post a Comment