Sunday, 27 March 2016

Gaun Corak ‘Vagina’ Di Oscar Curi Tumpuan Netizen


KEMENANGAN Leonardo DiCaprio sebagai Pelakon Lelaki terbaik sewaktu Anugerah Oscar 2016 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat minggu lalu ternyata mendapat perhatian meluas dari media massa.

Ia ekoran penantian beliau untuk memegang trofi anugerah perfileman Hollywood yang dianggap sebagai amat berprestij dan gilang gemilang itu akhirnya termakbul.

Belum pun reda dengan kemenagan yang diraih oleh DiCaprio, kini viral menerusi laman sosial mengenai rekaan gaun yang dipakai oleh seorang  penyampai televisyen Australia, Edwina Bartholomew.

Wanita berusia 32 tahun itu mencuri tumpuan apabila gaun labuh yang dipakai ketika mengacara program siaran pagi Sunrise pada anugerah itu dilihat seakan-akan ‘vagina’ atau faraj golongan Hawa.

Edwina tidak menyangka bahawa gaun yang dipakainya itu akan menjadi perbualan hangat di media sosial dan mencuri tumpuan mereka yang hadir acara tersebut.

Gaun labuh yang berona biru ais rekaan Rachel Gilbert, walau bagaimanapun tampak sempurna pada tubuh Edwina.

Ia namun mula menjadi viral menerusi laman sosial setelah Edwina memuat naik gambarnya di acara tersebut di laman Instagram miliknya.

Kebetulan salah seorang pelayar Instagramnya meninggalkan komen bahawa rekaan ‘simpulan’  atau ‘ornamen’ di sebelah kiri pinggulnya kelihatan seolah-olah  mirip ‘vigina.’

‘Simpulan’ atau ‘ornamen’ yang mirip ‘vigina’ itu kemudian menjadi sensasi dan digelar sebagai ‘vajayjaygate’, oleh pelayar laman sosial.

Edwina menerusi salah satu status Twitternya menulis,


‘Lucky I didn’t put it in the middle,’
‘Mujurlah saya tidak meletakkannya ditengah,’
Capturei
Ketika ditemu bual dalam rancangan Kyle and Jackie O  di stesen radio KIIS FM, mereka tergelak sakan akan peristiwa itu.
“I went through the whole day without anyone saying ‘you’ve got a vagina on your dress!” she said.
“Seharian saya lalui tanpa ada sesiapa yang mengatakan ‘terdapat ‘vagina’ pada gaun awk!” kata Edwina.
“I did know they might call it ‘the vagina dress’ and I still wore it anyway!”.
“Saya tahu dan masih memakainya walau ada yang memanggilnya ‘gaun vagina’.”
Namun, ada juga dalam kalangan peminatnya yang tidak memperdulikan perkara tersebut malah tetap memuji Edwina yang ternyata anggun dalam gaun yang dipakainya itu.
‘Beautiful, don’t worry about #vaginadress, you look bloody gorgeous’.
‘Cantik, jangan risau tentang #vaginadress, Edwina awak nampak sangat menawan’.
Menurut kekasih Edwina iaitu Neil Varcoe yang juga merupakan seorang wartawan, mengatakan bahawa ‘vagina dress’ malah menjadi ‘trending’ dalam kalangan pelayar Google di Australia.
Capture
Namun, Edwina dan kekasihnya Neil menganggap ia sesuatu yang lucu dan turut serta di dalam komen-komen yang diberikan kepada mereka.–SUMBER MYNEWSHUB.CC




0 comments:

Post a Comment