6 Gambar Realiti Sebenar Pelacuran Di Bangladesh Yang Menjijikkan | Bangladesh merupakan salah satu daripada beberapa negara-negara Islam di mana pelacuran adalah sah di sisi undang-undang.
Rumah Pelacuran Kandapara adalah yang tertua dan kedua terbesar di daerah Tangail di negara ini dan telah wujud 200 tahun yang lepas. Meskipun telah dirobohkan pada tahun 2014, ia telah ditubuhkan semula dengan bantuan NGO-NGO tempatan.
Tambahan pula, tempat ini adalah rumah bagi ramai wanita yang telah dilahirkan dan dibesarkan di situ.
Penyokong aktiviti pelacuran telah menyuarakan pendapat mereka bahawa kerja seks adalah juga merupakan satu pekerjaan dan ini membuatkan wanita-wanita ini tidak mahu melakukan pekerjaan lain.
Disebabkan dakwaan itu juga, wanita-wanita ini telah melakukan demonstrasi untuk menegakkan hak-hak mereka sebagai pekerja.
Pada tahun 2014, Persatuan Kebangsaan Peguam Wanita Bangladesh telah berjaya meyakinkan Mahkamah Tinggi bahawa pengusiran pekerja seks adalah satu tindakan yang menyalahi undang-undang.
Hari ini, daerah pelacuran di kawasan ini telah dikelilingi oleh dinding setinggi dua meter. Di jalan-jalan yang sempit ini, terdapat gerai-gerai makan, kedai teh dan penjual makanan.
Pelacuran adalah satu tempat yang mempunyai peraturannya yang tersendiri dan juga kuasa hierarki yang benar-benar berbeza daripada masyarakat arus perdana.
Contohnya, di dalam rumah pelacuran itu, wanita boleh dianggap lemah tetapi juga kuat pada masa yang sama.
Peringkat yang paling lemah adalah apabila seorang pekerja seks muda memasuki rumah pelacuran itu pada kali pertama — dia dipanggil Wanita terikat. Kebanyakan daripada mereka berumur 12 hingga 14 tahun.
Gadis-gadis ini datang dari keluarga yang miskin dan sering menjadi mangsa kepada aktiviti pemerdagangan manusia.
Mereka adalah hak milik kepada tuan rumah di situ, mereka tidak mempunyai kebebasan atau hak terhadap apa-apa, mempunyai hutang dan tidak dibenarkan untuk pergi ke mana-mana atau menyimpan duit mereka sendiri.
Apabila mereka telah membayar semua hutang mereka (yang mengambil masa selama 1 hingga 5 tahun), mereka akan dibenarkan untuk menjadi pekerja seks bebas.
Selain itu, mereka juga boleh menolak mana-mana pelanggan yang mereka tidak suka, dan juga dapat menyimpan wang mereka sendiri.
Apabila saat di mana semua hutang mereka telah dilangsaikan, mereka sudah bebas untuk meninggalkan rumah pelacuran itu. Namun begitu, wanita-wanita ini secara sosialnya tetap didiskriminasikan apabila mereka berada di luar “rumah” mereka.
Disebabkan itu, mereka sering memilih untuk terus kekal tinggal di situ dan menyara keluarga mereka dengan pendapatan itu. Tak kira bagaimana mereka sampai di sana, ramai wanita memulakan pencarian kekuatan diri dalam profesion mereka.
Sebagai contoh, kebanyakan wanita memilih untuk berada di situ, mereka melarikan diri daripada berada di bawah kawalan suami mereka dan ingin mencari jalan bagi menyelamatkan kehidupan mereka.
Pelanggan mereka terdiri daripada golongan anggota polis, ahli politik, petani, nelayan, pekerja kilang, kumpulan remaja lelaki.
Walaupun sebahagian besar daripada mereka hanya menginginkan seks, tetapi ada juga yang ingin mencari cinta dan juga kehadiran seorang wanita.
Seorang pelacur telah menolak lamaran perkahwinan daripada pelanggan setia beliau kerana dia tidak percaya bahawa lelaki itu akan membiarkan dia menyimpan wangnya.Dia lebih rela mengekalkan kemerdekaannya sebagai pekerja seks.
Di Bangladesh, seorang lelaki muda tidak akan dapat peluang untuk memegang tangan teman wanitanya di kawasan awam dan mereka tidak dibenarkan untuk melakukan hubungan seks sebelum berkahwin.
Kalau dia pergi ke rumah pelacuran, di sana, dia akan mencari persekitaran yang bebas-moral. Malah, dapat dilihat bahawa ramai lelaki yang ke rumah pelacuran itu hanya ingin minum teh bersama wanita-wanita yang tinggal di sana.
Selalunya, di kawasan awam di Bangladesh, ia adalah mustahil bagi seorang lelaki untuk menjemput seorang wanita yang tidak dikenali untuk minum teh bersama dengannya. Sehubungan dengan itu, ramai daripada pelanggan dapat menikmati minum alkohol.
Wanita yang berada di dalam rumah itu tidak akan pernah memakai hijab. Tetapi, mereka hanya akan memakainya sekiranya mereka ingin melangkah keluar, kembali ke dunia nyata.
0 comments:
Post a Comment