Sunday, 8 May 2016

Polis wanita kantoi lakukan seks dalam kereta peronda


Menjaga ketenteraman awam dan menjadi contoh yang baik kepada masyarakat adalah menjadi tugas hakiki seorang pegawai polis yang bertugas.
Namun, kejadian yang baru berlaku ini membuatkan netizen terpinga-pinga. Masakan tidak, seorang pegawai polis wanita dan seorang pegawai lelaki dicekup sedang melakukan hubungan seks di dalam kereta peronda yang sedang bertugas.

Beliau ditangkap ketika menjalankan tugasnya di jalan Kota Pueba, Mexico. Pegawai polis wanita yang tidak dinyatakan namanya itu diminta memberi keterangan berkenaan kejadian tersebut. 

Insiden ini menyebabkan Ketua Polis, Rodolfo Sanches Castrori telah mengenakan tindakan yang tegas terhadap pegawainya itu.

Sementara menunggu hasil siasatan, pegawai berkenaan itu telah digantung tugas. "Hukuman paling berat adalah pecat," tegas Rodolfo.

Insiden memalukan itu juga sempat dirakam oleh beberapa orang individu yang menyerbu kenderaan pegawai polis tersebut. Mereka juga lantas memuatnaik foto-foto berkenaan ke Internet. Melalui komen-komen yang diterima, pegawai tersebut dapat dikenali dan dikenalpasti.




0 comments:

Post a Comment