Zara seorang pekerja di syarikat korporat antara yang terbesar di ibu kota Kuala Lumpur. Lokasi tempat kerja berhampiran bangunan gah pencakar langit KLCC.
Setiap hari Zara akan ada saja appointment yang harus diikuti. Berjumpa dengan client sememangnya salah satu dari tugasan Zara.
Berjumpa dengan client bukan satu masalah besar bagi Zara.
TETAPI
Masalah KETIAK BASAH bila berpeluh itu yang menjadi penghalang bagi Zara.
Keadaan panas di luar, kesesakan lalu lintas, risau terlewat semua menjadi punca baju basah di bahagian ketiak kerana peluh.
Hampir mengalir air mata Zara ketika meluahkan nasib yang menimpa dirinya, Client yang dijumpainya seakan-akan tidak berminat lansung mendengar apa yang di bincangkan olehnya. Mata client lebih suka menjengok keaiban dirinya, kerap singgah melihat keadaan ketiaknya yang basah berpeluh.
Bagaimana hendak meyakinkan client untuk mendapatkan sales kalau client tidak dapat fokus dan Zara pun tidak dapat memberi presentation dengan tenang jika begitu.
Prestasi jualan merosot!
Nyata perjumpaan dengan Zara ini bagai satu rahmat, Saya berkongsi pengalaman yang sama seperti yang dihadapi Zara dan bagaimana mencari jalan penyelesaian bagi masalah KETIAK BASAH ini.
Alhamdulillah!
Kini Zara sudah bertemu cara bagi menyelesaikan masalah KETIAK BASAH.
Kini dia tampil lebih yakin bila bertemu client, cuaca panas di luar pejabat bukan lagi musuh Zara.
Kesesakan lalu lintas bukan lagi masalah yang besar, walaupun kadang kala risau terlambat bertemu client namun tidaklah Zara diganggu dengan masalah penampilan dengan ketiak basah seperti dahulu.
Yang lebih seronok di dengar, ada peningkatan jualan kata Zara. Rakan-rakan pun selesa bersama Zara, makin popular kata Zara di kalangan rakan sekerja. Zara happy sangat sekarang.
Nak tahu RAHSIA?
Ketiak selalu berpeluh meskipun duduk di tempat berhawa dingin. Tapak tangan sering berpeluh dan sukar untuk membuat kerja. Anda perlu berjumpa doktor untuk memeriksa masalah kesihatan anda kerana itu mungkin adalah tanda anda terkena hiperhidrosis ataupun peluh berlebihan. Ia merupakan rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh. Ramai orang menganggap itu hanyalah perkara biasa tetapi sebenarnya tidak.
Kesan buruk : Berpeluh adalah memalukan, dan kadangkala meninggalkan kotoran pada pakaian, dan ia merumitkan perniagaan dan interaksi sosial. Kes yang teruk boleh membawa kesan serius, menjadikan ia sukar bagi orang yang mengalaminya untuk memegang pen, cengkaman stereng, atau berjabat tangan.
Punca lain peluh berlebihan : masalah tiroid, menopaus, obesiti, tekanan perasaan, limfoma ( tumor ), genetik.
Kawasan hiperhidrosis : Tapak tangan, ketiak, kaki, wajah, badan.
Kaedah rawatan :
1. Ubat topikal seperti produk antipeluh.
2. Iontophoresis – peranti bateri menyampaikan arus eletrik rendah kepada tangan,kaki atau bawah lengan.
3. Ubatan oral – Termasuk ubat yang menghalang impuls saraf kelenjar peluh atau kurangkan pengeluaran peluh.
4. Botoks – Menyekat sementara blok saraf yang mencetuskan kelenjar peluh.
5. Pembedahan – Biasanya dikhususkan untuk kes hiperhidrosis teruk selepas rawatan yang lain gagal.
6. Simpatotomi – Memutuskan dua kelompok sel saraf ( ganglions ) pada saraf simpatetik, menyekat laluan saraf yang menyebabkan peluh berlebihan.
0 comments:
Post a Comment