Nampaknya Ayda Jebat pun tidak dapat lari daripada terkena tempias berita palsu yang terlalu mudah tersebar di laman sosial. Kata Ayda, dia terkejut apabila berita tersebut sampai kepadanya.
“Saya terkejut kerana ramai yang menghubungi saya dan bertanyakan adakah saya terlibat dalam kemalangan. Rupa-rupanya ada pihak di laman Facebook menyebarkan berita yang saya terlibat dalam kemalangan dan menggunakan gambar lama saya”
“Saya pernah terlibat dalam kemalangan tetapi pada tahun 2012 dahulu. Alhamdulillah, sekarang ini saya sihat sahaja. Saya pun tak tahu kenapa gambar dan cerita lama disiarkan semula selepas empat tahun,” memetik kembali kenyataan Ayda kepada Astro Gempak.
Tambah Ayda, dia menasihatkan dan berharap orang ramai agar sentiasa mendapatkan kesahihan sesuatu berita dan lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sesuatu perkara di laman sosial.
Berikut luahan hati seorang suami yang kecewa mengingatkan kisah silam isterinya yang kelam. Walaupun begitu dia begitu mencintai isterinya dan mengharapkan rumah tangga mereka bahagia biarpun hatinya dibelenggu kerunsingan. Saya telah berkahwin dengan isteri setahun lepas. Biar pun baru namun kami sudah lama mengenali dan telah berkasih selama 10 tahun sebelum berkahwin. Sepanjang bercinta, kami tidak pernah menghadapi masalah yang besar dan jarang bergaduh.
Mengimbas apa yang berlaku sebelum berkahwin, kami sebenarnya pernah terlanjur dan kerana menurut hawa nafsu kami mengulangi perbuatan terkutuk itu. Satu hari, kami berdua ditangkap basah oleh keluarganya dan mereka bertindak memutuskan perhubungan kami. Kami akhirnya berjauhan kerana tinggal di negeri berlainan.
Saya terlalu mencintainya dan saya juga percaya dia mencintai saya pada masa itu. Selama kami berjauhan, dia tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap dan sentiasa membalas surat dan panggilan saya dengan penuh mesra dan kasih sayang. Dia juga pernah beberapa kali datang berjumpa dengan saya tanpa pengetahuan ibu bapanya. Pada saya, dialah wanita yang betul-betul istimewa dan mencintai saya sepenuh jiwa. Untuk pengetahuan puan sepanjang perhubungan kami, saya tidak pernah berlaku curang dengan perempuan lain walaupun saya banyak peluang untuk melakukan semua itu.
Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia dia dapat melanjutkan pelajaran di utara Semenanjung. Rupa-rupanya semasa melanjutkan pelajaran, dia telah berlaku curang dengan meniduri enam orang lelaki dan dalam masa yang sama masih menjadi kekasih saya. Perkara ini hanya saya ketahui setelah kami berkahwin.
Cukuplah di sini saya katakan bahawa dia terlalu mudah untuk menyerahkan diri kepada lelaki-lelaki tersebut walaupun dia tahu bahawa mereka tidak serius dengannya. Lelaki pertama yang dia tiduri adalah rakan sibernya dan mereka melakukan hubungan seks pada kali pertama mereka berjumpa.
Seterusnya, lelaki-lelaki yang hadir dalam hidup dia hanyalah untuk memuaskan nafsunya sahaja kerana saya tidak dapat bersama dengannya atas masalah kewangan yang tidak mengizinkan saya berjumpa dengan dia selalu.
Saya tidak faham kenapa dia sanggup bersama dengan lelaki lain dengan begitu mudah dan dalam masa yang sama masih menjalinkan hubungan dengan saya? Kenapa dia memilih saya untuk dijadikan suami? Sudah puaskah dia melampiaskan nafsunya kepada lelaki-lelaki itu?
Apa pun dia telah pun sah menjadi isteri saya sekarang. Perkara ini telah diceritakan oleh isteri semasa kami berbual kosong empat bulan lepas. Saya menguji dirinya bercerita tentang perkara yang pernah dilakukan dulu. Saya tak pernah terfikir bahawa dia sanggup berkelakuan sedemikian. Saya betul-betul percaya bahawa dia setia dan mencintai saya sepenuh hati.
Lelaki pertama menidurinya (rakan siber) itu rupa-rupanya adalah kawan kepada kawan saya sendiri. Rakan itu pernah bercerita dengan kami tentang seorang wanita yang sanggup menidurinya walaupun baru pertama kali bertemu. Pada masa itu, kami semua mentertawakan wanita tersebut. Saya sendiri menganggap wanita itu bodoh kerana menyerahkan kehormatannya pada lelaki yang baru dikenali, Namun saya tidak menyangka bahawa wanita tersebut adalah isteri saya saat ini.
Sekarang ini, saya mohon nasihat puan bagaimana saya hendak menghadapi dugaan yang begitu berat ini. Masih wujud rasa kasih sayang kepadanya tetapi cinta itu semakin pudar. Pada hari akad nikah kami, saya nekad untuk membahagiakan dirinya dan tidak akan menduakan dia tetapi rupa-rupanya dia yang terlebih dahulu menduakan saya.
Bagaimana saya hendak teruskan hidup dengannya. Saya tahu kesalahan ini kisah lama, kira-kira lapan tahun lalu sebelum dia menjadi isteri saya? Saya tidak dapat terima dia boleh berlaku curang pada saya dan dalam masa sama, tidur dengan lelaki lain!
Saya betul-betul keliru. Tolonglah, bagaimana harus saya selamatkan perkahwinan kami?
Sekarang ini, kadangkala saya masih ok tapi ada kala murung dan tidak tentu arah. Saya takut jadi gila. Untuk makluman juga, buat masa ini kami tinggal berjauhan, saya di Semenanjung manakala isteri di luar Semenanjung. Sesekali kami akan bertemu. Dia memang menunjukkan sikap mahu berubah dan cuba menawan hati saya tetapi tamparan yang diberi terlalu hebat bagi saya. Bantulah saya puan!
Assalamualaikum tuan yang dirahmati Allah
Tuan yang dimuliakan, Perlakuan manusia dihasilkan daripada kombinasi kefahaman, keperluan, cara hidup, gaya hidup dan beberapa elemen emosi serta ketaatan manusia kepada penciptanya. Ia amat berkait rapat dengan pembinaan manusia secara kombinasi jasad, akal, roh dan nafsu yang mendorong manusia untuk mengikut peraturan atau tidak mengikut peraturan yang disediakan oleh manusia atau hukum yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Manusia yang kurang ketaatan dan ketakutan kepada Allah S.W.T akan bertindak mengikut kesesuaian diri, keseronokan dan mengabaikan larangan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, manakala manusia yang taat dan takut kepada Allah pula akan sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T dan berusaha untuk menjauhkan diri dari melakukan perkara yang mungkar dan merugikan manusia. Sehubungan itu kelompok manusia yang suka melakukan perkara yang mungkar pula akan bertemu dengan manusia yang mempunyai “taste” yang serupa maka tidak hairanlah bahawa manusia yang melakukan zina maka akan bertemu dengan manusia yang suka melakukan zina juga.
Namun Allah S.W.T maha pengampun dan penyayang yang akan memberi jalan keinsafan walaupun sudah jelas segala kemungkaran itu berlaku akibat dari kerakusan nafsu manusia. Maka keinsafan yang bersungguh-sungguh dan diikuti dengan taubat nasuha akan membawa manusia ini ke jalan yang benar dan diredhai.
Ini yang berlaku kepada tuan, tuan telah pernah hanyut dalam kegelapan bersama-sama kekasih tuan yang akhirnya menjadi isteri tuan. Setelah pintu keinsafan terbuka dan tuan mengajak isteri tuan bersama-sama untuk membuka cerita baru dalam hidup ini, kisah lama yang disingkap telah membawa tuan menjadi lebih beremosi serta cuba mengubah sejarah silam mengikut acuan tuan sendiri. Tuan menganggap bahawa kisah silam tuan tidak pernah berlaku secara songsang, tuan memilih isteri yang tidak curang, tuan mengharap kekasih tuan juga seperti tuan iaitu boleh ditiduri oleh tuan seorang saja, bukan lelaki yang lain.
Padahal hakikatnya sama saja iaitu tuan pada masa itu tidak kekok untuk melakukan zina dan kekasih tuan pada masa itu juga mempunyai tujuan yang sama. Hanya setelah dikejutkan oleh keluarga, barulah tuan sedar dan berubah. Keadaan ini telah menambahkan helah bela diri tuan bagi merasionalkan anggapan tuan bahawa kenapa tuan boleh setia sedangkan kekasih (sekarang isteri) tuan boleh mencari pelbagai pilihan lelaki untuk ditiduri. Oleh itu tuan perlu memikirkan alternatif ini bagi membantu tuan mengubah persepsi tuan.
Pertama, pastikan maklumat dari isteri tuan ini adalah benar dan bukan sekadar menonjolkan “kehebatan” dalam sesi cabar-mencabar bersama tuan. Setelah dipastikan ketepatan, maka tuan perlu timbangkan kepentingan untuk terus berada dalam dilema ini. Cuba pastikan bila masa peristiwa ini berlaku, jika sudah menjadi lipatan sejarah maka tuan perlu menerima isteri tuan seadanya bukan menyingkap kisah lalu dan menyalahkan isteri tuan atas kecurangan yang berlaku.
Kedua, tuan perlu fahami keadaan cemburu tuan didasari oleh kasih atau dendam. Jika didasari oleh kasih maka bawalah isteri tuan ke pangkal jalan dan jangan tinggalkan dirinya seorang diri meredah segala duri kehidupan. Sebaliknya jika didasari dendam atau menjadi ‘pak sanggup’ di atas ketelanjuran maka tuan perlu memperbetulkan segala kepincangan ini dan perbetulkan niat perkahwinan tuan.
Tuan perlu sedar bahawa kejadian kaum Adam adalah pemimpin kepada kaum hawa, maka gunakan sebaik mungkin peluang keinsafan yang ada untuk kembali ke jalan yang benar dan diredhai Allah S.W.T.
Ketiga, tuan perlu fikirkan semula jarak berjauhan tuan dan isteri yang boleh mengundang seribu satu macam persepsi negatif serta menggalakkan peluang kecurangan berulang kembali serta peluang fitnah yang berleluasa.
Oleh itu usahakan agar tuan dan isteri boleh berada dekat kerana tempat isteri adalah di samping suami. Keempat, tuan perlu kembalikan pemikiran positif tuan kepada diri tuan dan isteri iaitu dengan merancang apa yang akan tuan lakukan di masa depan bukan menoleh ke belakang dan mengimbau pengalaman dosa dan ketelanjuran yang boleh meracuni kebahagiaan suami isteri.
Tuan perlu faham bahawa segala yang berlaku adalah dengan kerelaan tuan seperti tuan merelakan berlaku zina antara tuan dan isteri sebelum berkahwin. Tuan rela menerima isteri dalam banyak keadaan dan tuan sanggup melupakan segala kenangan silam demi untuk membahagiakan isteri tuan. Oleh itu tuan perlu berhenti dari memikirkan kisah silam dan tumpukan untuk usaha berada dekat dengan isteri tuan.
Tuan yang dihormati, yakinlah bahawa menjadi seorang pemimpin dalam keluarga , sangat besar tanggungjawabnya terhadap diri dan orang yang dipimpin. Ketahuilah bahawa tuan sudah berada di atas landasan yang benar, maka teruskan perjalanan dan perjuangan.
Usahakan agar isteri tuan tidak kembali kepada jalan perzinaan dengan sentiasa berada dekat dengannya, lupakan kisah silam masing-masing dan terima anugerah kebahagiaan ini untuk mempertingkatkan usaha merapatkan hubungan dengan Allah S.W.T. Bantu isteri untuk takutkan Allah S.W.T dan beriman dengan Allah S.W.T kerana sesungguhnya apabila manusia takutkan azab Allah S.W.T maka dia akan berusaha menjauhkan dosa.
NAMA Kak Mawar mula menjadi perhatian di laman sosial selepas tersebar siri video memaparkan aksi ‘ghairahnya’ yang menerima kecaman hebat orang ramai.
SAH! Rupanya Ini Jantina & Identiti Sebenar Kak Mawar ! Sebelum Ni Pernah Buat Kes BESAR !
Malah di halaman Facebook Mynewshub, posting berkenaan video ‘henjut’ Kak Mawar menerima banyak kecaman dengan rata-rata menempelak imejnya yang tidak mencerminkan seorang wanita Islam.
Ramai juga yang mengatakan Kak Mawar sebenarnya bukan wanita tulen sebaliknya seorang pondan, kerana tidak dapat menerima hakikat jika aksi terlampau berani itu dilakukan kaum hawa.
Seorang pengguna Facebook, Sham Suzana tampil mengatakan dia mengenali Kak Mawar yang merupakan seorang ‘nyah’ ketika berkerja di pasaraya Jusco. Jadi, benarkah dakwaan dan sangkaan mereka ini?
Bagi merungkai spekulasi, kami lakukan sedikit penyelidikan dan apa yang boleh dikatakan, wanita ini begitu mirip dengan pengasas kecantikan yang pernah menjadi sensasi suatu ketika dahulu, iaitu Sri Wani Choo Abdullah.
Ya, sebenarnya wanita yang menggunakan gimik nama Kak Mawar ini adalah pengasas produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah.
Sekitar tahun 2012, nama Sri Wani pernah menjadi bualan ramai dek kerana suaminya, Dr. Baharom Sanugi mengfailkan permohonan faraq (dipisahkan) selepas meragui jantina sebenarnya.
Teka-teki berhubung jantina pengusaha produk itu akhirnya terungkai dengan pengesahan bahawa dia adalah seorang perempuan.
Memetik laporan akhbar Sinar Harian pada 2012, pengesahan jantina itu dibuat oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, yang merupakan seorang kerani di sebuah syarikat swasta.
Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.
“Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia.
“Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia,” katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani.
Connie menambah, MyKad Sri Wani bukan sahaja tertera perkataan perempuan, malah kad perakuan Islam Sri Wani juga mencatat Sri Wani sebagai perempuan.
Maka terbuktilah yang ‘akak henjut’ kita ini bukanlah seorang lelaki atau pondan, sebalik benar-benar perempuan.
Meskipun di zaman sekarang di mana teknologi canggih dan ilmu IT lebih meluas, tidak dapat dinafikan masih ada lagi manusia yang berfikiran kolot dan tidak bertamadun.
Apa yang dikongsikan oleh wanita ini haruslah dijadikan pengajaran.
Ada orang tidak suka kita asyik syok sendiri tayang kebahagian. Bagi mereka itu adalah privacy. Mungkin yang melakukan perbuatan khianat ini ada dendam yang tersimpan mana kita tahu kan ? Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.
Ikuti luahan gadis ini yang pernah menjadi mangsa sihir pemisah.
Ada betulnya apa yang cuba disampaikan wanita ini. Bukan tak boleh berkongsi segala kegembiraan tapi biarlah berpada-pada.
Apa-apa pun masing-masing ada hak dan sebab tersendiri untuk berkongsi apa yang dirasakan.
KUALA LUMPUR – Video viral yang menunjukkan seorang wanita berusia lingkungan lewat 40’an sanggup ‘memalukan’ dirinya dengan mempromosikan produk dengan cara yang kononnya ‘boleh bikin viral’.
Terdapat penggunaan ayat-ayat yang tidak bersesuaian diungkapkan dalam iklan tersebut seperti ‘nak beromen pun takde mood, tak ghairah”, “Wow, nasi lemak RM10!”, “3 round”. Apakah ini caranya untuk menjual produk kecantikan di pasaran pada hari ini? Video yang dimuat naik oleh laman Kaki Share itu cetus pelbagai reaksi netizen. “Dulu dia ni okay. Selepas minum jus itu, terus hilang maruah. Tak tahu malu,” kata Att Penang. “Aku tengok dia bercakap tersemput-semput. Macam tak yakin pula aku nak percaya betul ke dia boleh 3 round? Heh! Marketing sangat,” kata Sherycia Chieya. “Orang Malaysia punya marketing produk kecantikan, macam dah tak ada maruah. Dia punya produk semua boleh lawan kuasa tuhan. Itulah produk kecantikan Malaysia,” kata Ain Nain.
Sungguhpun mahu mempromosikan produk, buatlah dengan cara yang bijak dan bersopan. Dengan cara ‘kotor’ seperti ini tidak akan membuatkan orang membeli produk itu, malah dikeji lagi ada.
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Sebab itu syariat menetapkan supaya wanita pakaiannya adalah pakaian yang longgar dengan warna yang tidak menarik menutup seluruh badannya dari kepala sampai ke kaki. Kalau dilihat pada nilaian dunia, barang-barang berharga seperti intan dan berlian dibungkus rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga wanita. Kerana wanita bermaruahlah dia tidak disuruh ditonjolkan tanpa keperluan yang tertantu; dengan batas-batas tertentu. Dia mesti bergelanggang dalam gelanggang yang boleh dan sesuai untuknya sahaja yang telah ditentukan garis-garisnya oleh syariat. Wanita tidak selayaknya mengorbankan maruah dandirinya semata-mata mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dan di sana sini kitadapat saksikan para wanita kita memakai tudung. Pemakaian tudung penutup auratsudah melanda dari orang bawah hingga orang atasan, dari peringkat pelajar-pelajar sekolah hinggalah ke pekerja-pekerjadi pejabat-pejabat.
Namun begitu, pelbagai gaya tudung dipakai. Tudung kadangkala tidak lengkap dipakai, pakai tudung tapi masih nampak batang leher, nampak dada, pakai tudung tetapi di masa yang sama pakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai gaya tudung dipakai. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok didalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu semua bukannya untuk mengelakkan fitnah tetapi menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang manaakan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Dan pakaian yang boleh melindungi wanita dari jadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bila wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islamsekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik,up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas.Bertudung tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak rasa diri ini hina, masih banyak dosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalanyang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh pakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung yang masih cari boy friend. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung,perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita tutup aurat tetapi tidak terus memperbaiki diri lahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi baikilah diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, suka berdengki, suka berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Kalau sudah mula menutup aurat elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelakiperempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan boy friend. Serahkan padaAllah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada pengaturan Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggalsembahyang lagi terutama bila dalam waktu bekerja. Cuba didik diri jadi orang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengkeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam ini indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk amalkan Islam. Baru orang bukan Islam hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekelian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
Bahana Berkelah Di Air Terjun..!! Saya Dibawa Kedalam Hutan Dan Dipaksa Menanggalkan Pakaian
Tindakan berani seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berjumpa dengan kenalan lelaki yang hanya dikenali melalui telefon berakhir detik hitam apabila [ Baca Penuh ]
Bahana Berkelah Di Air Terjun..!! Saya Dibawa Kedalam Hutan Dan Dipaksa Menanggalkan PakaianTindakan berani seorang remaja perempuan berjumpa dengan kenalan lelaki yang hanya dikenali melalui telefon berakhir detik hitam apabila dia dirogol, dalam kejadian Ahad lalu.
Bagaimanapun, mangsa berusia 14 tahun itu bernasib baik apabila diselamatkan seorang lelaki yang menjumpainya ketika dia ditinggalkan di tepi jalan di Merchang, Marang oleh suspek.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, lebih kurang jam 6.30 petang di Kampung Gong Tok Nasek, mangsa didatangi seorang lelaki yang hanya dikenali melalui telefon dan gadis itu bersetuju mengikut lelaki terbabit.
Mangsa dikatakan dibawa kesebuah Air terjun di daerah ini. Bagaimanapun, setelah sampai dihutan, salah seorang kenalan lelaki itu mengjaknya masuk kedalam hutan. Mangsa yang tidak tahu niat jahat lelaki itu mengikut sahaja.
Setelah dihutan, lelaki berkenaan menyuruh mangsa membuka pakaian dan mengajaknya melakukan seks. Dia terkejut dan cuba melarikan diri, namun tiba-tiba diseat oleh 2 lagi kenaln lelaki itu. “Namun, mangsa cuba melawan, menyebabkan suspek bertindak lebih kasar dengan mengambil sebilah pisau dan mengacukan ke lehernya sebelum merogol mangsa.
Mangsa dirogol oleh 3 lelaki dan adegan tersebut dirakam oleh salah seorang dari lelaki itu.“Selepas dirogol, mangsa dibawa keluar dari rumah itu oleh suspek dan ditinggalkan di tepi jalan di lokasi yang agak sunyi,” katanya.
Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila terserempak dengan seorang lelaki ketika sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya.
“Lelaki itu membawa mangsa pulang ke rumahnya terlebih dahulu untuk diberi makan kerana keadaannya yang begitu letih dan tidak bermaya.
Di rumah, selepas menceritakan kejadian itu kepada keluarganya, mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), untuk rawatan.
Keputusan perubatan mengesahkan mangsa dirogol dan suspek masih diburu untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol
Isu Tak Pakai Tudung Masuk Neraka Assalamualaikum...
Nota : entry kali ini pendek, ringkas dan padat. Entry post ini adalah bagi memberikan penerangan terhadap Isu " tak pakai tudung masuk neraka".
Sebenarnya aku dah lama menulis pasal isu salah faham ni dalam entry lepas iaitu bertajuk Salah Faham dalam Hidup Beragama
Tiba-tiba, berlakulah Hype dan kekecohon 'Mohon Share Note' Facebook dan blog berkenaan hujah dan alasan orang yang tidak mahu bertudung dengan muslimah yang bertudung.
Dalam jawapan rangkap no 1 itu berbunyi begini :
Xbertudung : semua yang pakai tudung itu kompom masuk syurga ke?
Muslimah : Yang pasti, tak tutup aurat/tak pakai tudung kompom masuk neraka.
okey perbualan yang lain is history, aku yakin online junkies dan pembaca blog dan fb dah tau tentang dialog perbualan tersebut.
*********************** Dalam kaedah nak memahami bagaimana aku ingin berkongsi pendapat adalah perlu faham bahawa aku berpendapat iaitu :-
1) Pakai tudung adalah wajib dan tiada argument lagi.
2) Siapa yang tidak pakai Tudung Berdosa.
3) Pakai tudung adalah syariat dan perintah Allah kepada Muslimah seluruh Alam.
4) Orang yang pakai tudung dan menutup aurat mengikut Syarak adalah cerminan muslimah beriman.
5) Aku suka perempuan bertudung litup.
6) lelaki, suami, abang, adik lelaki, penjaga sah, mahram menanggung dosa jika anak perempuan dalam tanggungan mereka tidak menutup aurat selaras dengan tuntutan agama.
7) tiada sesiapa yang memudahkan Islam dan Hukum Islam.
itu adalah pendapat yang solid, firm, tidak goyah dan tidak ditoleransi dan di kompromi lagi.
**********************
Apa yang aku ingin tegaskan di sini adalah kenyataan penulis note/blog bahawa dia mengatakan :
"Yang Pasti tak pakai tudung KOMPOM masuk Neraka"
Dalil dan Nas yang mana menyatakan manusia kalau buat satu dosa sahaja terus masuk neraka? kecuali 7 dosa besar dalam Hidup seorang Insan. 7 dosa besar ini jikalau mati tidak sempat bertaubat maka ia akan mati dalam keadaan berdosa besar. Apakah 7 dosa besar tersebut?
1.Syirik/ menyekutukan Allah. 2.Sihir 3.Bunuh nyawa yg bukan hak 4.Makan Riba 5.Makan Harta anak yatim 6.Fitnah perempuan baik berzina 7.Lari dari medan perang (jihad)
Ada kalangan pembaca aku yang tidak faham dengan pendapat aku, di sini aku nak bagi pencerahan, aku sama sekali tidak memberikan justifikasi atau alasan kepada perempuan untuk tidak mahu bertudung. perempuan yang baligh, berakal dan muslim wajib bertudung. Itu adalah Syariat Islam. Period..cease fire.
Tetapi Perempuan yang tak pakai tudung mana mungkin CONFIRM masuk neraka. mungkin dia masuk neraka, mungkin dia masuk Syurga. Mungkin sebelum mati dia bersungguh-sungguh bertaubat, Allah ampuni dosa dia, Allah sayangkan dia, beri Rahman dan Rahmat, Allah Redha dia masuk Syurga.
Mungkin perempuan yang tidak bertudung itu banyak jasanya kepada Umat Islam, Mungkin Dia Infak separuh dari harta-harta dia ke jalan Allah, mungkin dia menanggung 10 buah rumah anak yatim dan menghantar 1000 orang islam mengerjakan haji setiap tahun.
Mungkin Allah Swt redha dia masuk Syurga dengan meredhai dia atas sifat kasih dia kepada ibu bapanya dan anak-anaknya. Mungkin pada satu masa dia pernah menyelamatkan satu jiwa dari mati. Mungkin Dia seorang Doktor Muslimah yang banyak berjasa dan mungkin dia doktor yang berbakti tanpa mintak upah.
Mungkin dia tentera wanita yang pernah menyertai tentera Islam dalam misi pengaman di Bosnia yang berjihad ke Jalan Allah yang menyelamatkan Umat Islam Bosnia dari dibunuh Serb dan mungkin dia Jihad pada perang itu. mungkin juga dia diredhai kerana jasa dan pahala dia menjadi doktor gigi tentera di sempadan palestin.
Dengan mengatakan Perempuan yang tidak pakai tudung itu CONFIRM masuk neraka adalah satu statement yang amat tidak adil dan tidak selaras dengan apa yang Islam sarankan. Islam bukanlah Agama menghukum, Islam adalah agama mendidik dan agama menyayangi, sejahtera.
Mungkin kita semangat sangat dalam memperjuangkan gerakan bertudung sehingga kita tidak dapat berkompromi lagi dengan konsep pembalasan dalam Islam. Agama tidak menghukum manusia secara pukal/pakej.
Ini sesuai dengan Firman Allah dalam surah Al-Qariah seperti maksudnya di bawah..
Firman Allah dalam surah al-Qariah dari ayat 1 - 11 yang bermaksud:
1. Hari yang menggemparkan. 2. Apakah dia hari yang menggemparkan itu? 3. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? 4. (Hari itu ialah hari kiamat) hari manusia menjadi seperti kelekatu yang terbang berkeliaran. 5. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan 6.Setelah berlaku demikian, maka.. (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing) adapun orang yang berat timbangan amal baiknya. 7. Maka dia berada dalam kehidupan yang senang-lenang 8. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal kebaikannya. 9. Maka tempat kembalinya ialah "hawiyah". 10. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "hawiyah" itu? 11. (Hawiyah itu ialah) api yang panas membakar.
Jika kita menghukum Manusia dengan satu dosa maka dia masuk neraka maknanya kita seakan-akan berfahaman Khawarij...Dan Khawarij ni nabi dah pesan supaya elakkan, kalau jumpa orang Khawarij ni bunuh supaya Umat Islam tidak berpecah.
Khawarij menghukum manusia yang berbuat dosa walau satu pun sebagai Kufur dan terkeluar dari islam kerana mereka menggunakan formula tolak tambah ikut syok sendiri iaitu (contoh je) :
Kau tak pakai tudung - Pakai tudung adalah Perintah Allah - kau ingkar tak pakai tudung -umpama kau ingkar perintah Allah - kau ingkar perintah Allah umpama kau melawan Allah-kau mencabar Tuhan - kau Kafir - bunuh Kafir! - Kafir mati masuk neraka.
Adakah kita mahu menghukum manusia lebih berat dan keras dari cara Nabi saw dan Para sahabat mendidik dan berdakwah kepada Umat manusia?
*********************
Mungkin seseorang itu lemah dan berdosa sebab tidak bertudung, jadi kita bimbing dia, kita jangan diskriminasi, mungkin dia belum belajar dan mempunyai kekuatan untuk berubah menjadi orang yang bertudung, tapi mungkin kualiti muslim lain yang lebih baik ada pada dia.
Samalah juga dengan sebilangan BESAR antara kita, yang tidak segan-segan memakan dan memberi riba, kita bayar ansuran kereta bulan-bulan pakai finance yang ada riba, riba itu salah satu 7 dosa besar. tapi kita tak pernah rasa nak berhenti dari melakukan dosa itu terus menerus. tapi ada tak korang cakap depan cermin yang makan riba itu nanti tak taubat boleh masuk neraka?
sebaliknya kita cemuh orang tidak bertudung dengan kenyataan " kau tak pakai tudung PASTI KOMPOM masuk neraka"
seolah-olah dosanya tidak pakai tudung itu menjadi pakej/pukal menyimpul segala-galanya pada diri dia yang dia KOMPOM MASUK NERAKA...
Agak-agaklah, cukuplah sekadar cakap orang tak pakai tudung ni berdosa.
p/s ini dicedok dari status FB aku : dlm kita nak berdakwah, sampaikanlah berita yg gembira, baru la insan ada harapan dlm mencari syurga, mencari redha Tuhan.
Ini tidak! "hah kau sexy kau masuk neraka!!"
cuba, " kau sexy, aku syg kau, tapi Tuhan lagi syg kau kalau kau tutup aurat tu, meh sini syg kita pilih tudung ariyani meh"
**Jika Sayang Dengan Anak kita! Harap ibu pandang sirius dan tengok atau selalu periksa telefon bimbit anak - anak supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingingi TAKE NOTE..!!!!
NIKAH dengan Janda Buat Bahagia serta Fulll Pahala. Menikah dengan janda mungkin saja saja saja tidaklah hal yang aneh lagi di zaman sekarang ini. Karena telah cukup banyak masalah yang berjalan. Baik mereka yang cerai melalui langkah sah ataupun tidak atau yg tidak cerai namun ditinggal oleh suami tidak ada berita. Menikah dengan janda memang dibutuhkan kesiapan ekstra, tidak cuma materi namun sikap dewasa harus lebih tinggi. Walaupun Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam merekomendasikan sebagian pria untuk lebih memprioritaskan perawan untuk dinikahi, tidaklah bermakna beliau melarang seseorang pria menikah dengan janda. Bukankah istri beliau juga janda? Nah, untuk anda sebagian pria yang belum menikah, jangan sampai cuma saksikan perawan terus-terusan, janda juga menghadirkan banyak barokah lho. Itu disini faedah menikah dengan seseorang janda. #1. Segi dari Meneladani Rasul Tentu sudah jelas bila cerita Rasulullah, beliau juga menikah dengan janda. Apabila ini disangka sebagai kebaikan, tentu menikah dengan seorang janda untuk kita juga insyaALLAH juga. #2. Janda Yakni Anugerah Mungkin saja saja memang agak berat perasaan mengemukakan janda yakni anugerah, Lewat cara sebagian orang pasti beranggapan janda yakni satu musibah, janda yakni hukum karma dan lain sebagainya. Tetapi tidak Janda seperti itu, ada juga janda yang memang peroleh ujian dari ALLAH Swt, sisi dari cobaan iman dan segi dari menambahkan kedekatan dengan ALLAH SWT. Jadi janda tidak sepenuhnya musibah, janda juga yaitu anugerah, takdir serta gelar yang diperoleh ALLAH SWT. #3. Janda Lebih Berpengalaman Tentu apabila seorang yang bergelar janda, berarti orang itu sudah menikah dan mempunyai pengalaman dalam pernikahan. Manis, asam dan pahitnya rumah tangga sudah ia rasakan. Tentang ini juga yang buat seorang janda akan banyak belajar dari pernikahan lebih dahulu. Ia makin lebih siaga dalam hadapi masalah rumah tangga. #4. Janda Punyai Semangat Baru Apabila dalam pernikahan lebih dahulu ia telah gagal, berarti ia akan merasa sukai dan mempunyai semangat baru dalam pernikahan yang kemudian. Terasanya ia punyai daya yang baru, seperti baterai full yang siap pakai. Bukan hanya itu saja, janda bakal punyai pengalaman dalam hal mengurus anak, mengurus rumah dan paling penting bagaimana langkahnya mengasyikkan suaminya. #5. Janda Akan Lebih Dewasa Memang dewasa tidak bisa diukur dari usianya, tidak bisa dilihat dari berapakah lama ia berumah tangga, tetapi dewasa bisa dilihat dari tingkah laku dan pengalamannya. Lewat cara janda punyai pengalaman, pasti ia tumbuh bijak dan lebih lebih dewasa dalam menggapi semua sikap. #6. Banyak Pahala Apabila janda itu mempunyai seorang anak, berarti anak itu yakni seorang anak yatim dan akan banyak pahala untuk kita apabila menginginkan mengurus dan melindungi anak yatim itu. Jadi, janda tidak kalah tidaklah dengan perawan, memang perawan lebih menggoda tetapi janda bisa buat hidup bahagia fulll pahala. sumber:auniazahra.blogspot.com Masih tetap ragukah dengan seorang janda? jangan sampai anda cuma hanya membaca saja,,tolong dibagikan jika anda mempunyai kerendahan hati untuk membagikan tautan ini....semoga menjadi amal sholehkita dan semoga allah membalas semua kebaikan anda !! #Amiinn...
Kekerapan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun berkunjung ke rumah teman lelakinya yang juga warga Bangladesh membongkar kegiatan maksiat dilakukannya malah dia kini hamil enam minggu selepas ditahan di sebuah rumah di Taman Mahsuri, dekat Padang Serai, di sini.
Difahamkan, remaja tersebut ditahan sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) selepas dikesan berdua-duaan sehingga menimbulkan syak wasangka dengan seorang lelaki Bangladesh berusia 28 tahun di sebuah rumah di Taman Mahsuri dekat Padang Serai, di sini.
Ketua Unit Penguat Kuasa Agama PADK, Azmi Abdul Rejab berkata, remaja terbabit disahkan mengandung susulan pemeriksaan kesihatan Hospital Kulim ke atas gadis itu, selepas ditahan dala operasi cegah maksiat Rabu lalu.
Kuala Lumpur: Wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua Adi Putra enggan mengulas mengenai dakwaan mereka sudah bernikah. Wanita berusia 33 tahun itu yang dihubungi Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini, mendakwa belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan.
"Saya memohon maaf. Saya tidak boleh komen apa-apa mengenai perkara ini," katanya kepada Harian Metro.
Berita pernikahan itu mula menjadi viral apabila gambar pernikahan mereka dikongsi beberapa pihak menerusi aplikasi WhatsApp, sejak malam tadi.
Difahamkan, wanita yang juga ibu tunggal anak satu adalah rakan kongsi perniagaan Adi. Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapatkan pengesahan daripada Adi Putra gagal apabila telefon bimbitnya tidak dijawab.
Apakah hukum seseorang suami apabila dia bersama dengan kedua isterinya dalam satu masa. Adakah isteri-isterinya juga menanggung dosa sekiranya berdosa. Adakah isteri-isterinya berhak untuk menolok ajakkan suaminya itu.
Demangz :Tapi istri kan harus taat pd suami….disini yg salah bagi saya ialah perkara tersebut terkeluar dijadikan bahan bahas…..perkara ini adalah rahsia suami istri….
Jawapan : HARAM
Assalammualaikum,
tapi saudara harus memikirkan soal ini begini,hukum Allah dan hukum suami mana yang lebih benar? siapa yang lebih berhak ditaati Allah atau suami? sesungguhnya tiada taat yang membuta tuli dalam Islam,taat dalam Islam itu tidak akan menganiayai mana mana pihak dan taat dalam Islam pasti menuntut ketaatan yang mutlak kepada Allah kerana Allah pembela sekelian makhluk dan Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.Suami dalam menuntut ketaatan isterinya perlu memenuhi ketaatannya kepada Allah.Allah menuntut ketaatan kedua dua pihak dalam segala hal lalu memberikan keadilan dan manfaat kepada keduanya,sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana.Lihatlah Al-Quran dan Hadis berbicara menuntut keadilan dari segala hal,menjadi undang-undang dan pelindung kepada mereka mereka yang taat kepada Allah. :
“Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah: 223)
Tujuan bersutubuh dalam Islam bukan hanya semata mata memuaskan nafsu syahwat,tujuan utama adalah untuk mengembangkan Ummat Nabi Muhammad S.A.W, melahirkan anak,bersetubuh bagi yang telah berakad nikah dalam Islam adalah satu ibadah,Jadi ibadah itu tidak akan sia siakan mana mana pihak,jelas ayat ini menuntut para suami menyetubuhi isterinya dengan mendatangkan manfaat iaitu keturunan dan ayat ini menjelaskan lagi bahawa hanya rahim yang boleh memberi manfaat ini.walaupun ayat ini mengatakan bagaimana saja kamu kehendaki,Allah juga menuntut amal yang baik dan takwa.
Ini dikuatkan lagi dengan hadis ini selepas turun ayat Al-Baqarah: 223 di atas, Nabi Muhammad S.A.W berkata kepada Umar : boleh kamu bersetubuh dari depan dan boleh juga dari belakang, tetapi hindari di waktu haidh dan dubur.; (Riwayat Ahmad dan Tirmidzi) Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Sallam bersabda (yang artinya):
“Allah tidak memandang seseorang laki-laki yang melakukan anal seks baik dengan laki-laki atau pun perempuan.” (HR. at-Tirmidzi, an-Nasa’i, Ibnu Hibban; dikatakan oleh at-Tirmidzi: “Hasan gharib”, dishahihkan oleh Ibnu Hazm)
Saudara Demangz yang memberi pendapat sebenarnya telah menjawab soalan saudara sendiri,sudah tentu akan menjadi perbualan dan bahan bahas diantara kedua mereka,kerana fitrah wanita nafsunya tinggi,cemburu dan malu,apabila 3 orang ia tidak menjadi rahsia dan hubungan privasi yang suci untuk dua individu,ini kerana masing masing telah mendedahkan aurat sesama mereka,sesama wanita juga mempunyai aurat dan batas batas pergaulan dalam Islam,aurat isteri hanya untuk suami,bukan untuk isteri-isterinya.maka dari segi aurat saja ia sudah bercanggah dengan hukum Islam,Islam itu agama yang beretika dalam segala hal,agama yang menghapuskan kebatilan dan memberi manfaat dari segala segi,Islam memberikan penyelesaian kepada semua permasalahan insan,lihatlah islam berbicara dari sudut psychology dan kesihatan apabila melarang dan membenarkan sesuatu perkara,banyak kajian yang telah membuktikan jika islam mengharamkan sesuatu perkara pasti kerana perkara itu memudaratkan insan,contohnya seperti AIDS,penyakit kelamin,penderaan seksual dan sebagainya. Islam membuktikan keadilanNya dengan memberikan hak kepada suami untuk berpoligami dalam masa yang sama memberikan hak kepada isteri dengan menuntut keadilan dan kemampuan suami.Agama Allah ini amat mementingkan kebersihan juga sangat tinggi adabnya bagi memelihara akhlak setiap insan oleh itu Islam menjadi agama yang sempurna kepada insan.
Maksudnya: “Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian.” [HR Muslim].
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat”. (HR Al-Bazar dan At-Tirmizi).
Wallahua’alam..
Slave Of Allah,
Mohd Fhazal Aznan
*Betulkan kalau saya silap ya,sertakan dengan hadis-hadis yang sahih bagi menguatkan hujah dan mejadi manfaat bersama,keluasan fiqh,pendapat mazhab dialu-alukan sertakan rujukan kitab dan para Imam yang memberikan hujah berdasarkan sunnah dan hadis Nabi Muhammad S.A.W.