Saturday, 19 December 2015

Menghalang Polis Mengiring Peminpin Boleh Dikenakkan Tindakkan Keras


Ingkar arahan polis pengiring boleh dikenakan tindakan - Khalid
KHALID: Pihak tidak bertanggugjawab itu boleh dikenakan tindakan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas selain berdepan hukuman mengikut Akta Polis 1967. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pihak yang ingkar kepada arahan polis pengiring bagi orang kenamaan utama (VVIP) termasuk enggan memberi laluan boleh dikenakan tindakan undang-undang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata pihak tidak bertanggugjawab itu boleh dikenakan tindakan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas selain berdepan hukuman mengikut Akta Polis 1967.

"Ada perbincangan (pihak tertentu) yang mengajak orang ramai supaya tidak mengikut arahan polis semasa iring orang kenamaan.

"Saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya patuhi arahan polis yang bertugas, ada sebab kenapa mereka iringi VVIP itu...yang utama adalah sebab keselamatan," katanya kepada pemberita selepas menerima Ijazah Doktor Kehormat dalam Kepimpinan daripada Universiti Limkokwing di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas viral mengenai polis pengiring tidak diberi laluan oleh pengguna jalan raya semasa mengiringi seorang VVIP baru-baru ini.

Sehubungan itu, Khalid meminta beberapa portal berita yang memainkan isu polis pengiring supaya berhenti berbuat demikian dan menyifatkannya sebagai tindakan mengajak rakyat supaya mengingkari undang-undang.

"Saya minta anda hentikan perkara ini...tiada baiknya, anda mengajak rakyat suoaya ingkar undang-undang," katanya.

Mengulas mengenai catatan Twitter beliau pada Jumaat berkenaan rampasan empat pucuk pistol di Kajang oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFFOC) Bukit Aman, Khalid berkata pihaknya mengesyaki ia mempunyai kaitan dengan kes tembak seorang bapa dan anak di Semenyih pada bulan lepas.

Menurutnya polis giat menjalankan siasatan dan yakin lebih ramai suspek akan ditahan.

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia manakala bapanya cedera parah akibat ditembak di Jalan Besar, Semenyih pada malam 24 Nov lepas.

"Saya minta masyarakat terus beri kerjasama dengan kita dengan menyalurkan maklumat. Kita akan pastikan tindakan diambil ke atas mereka (suspek) ini," tegas Khalid.

Mengenai tunjuk perasaan yang dibuat oleh seorang veteran tentera Ali Tinju di hadapan bangunan Kota Raya di Kuala Lumpur pada Jumaat, Khalid berkata lelaki itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 jika didapati melanggar undang-undang.
Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom dilapor membuat kenyataan yang menyentuh sentimen perkauman semasa melakukan tunjuk perasaan itu.

Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata pihaknya tidak boleh dipersalahkan dalam isu Ali Tinju hanya kerana keputusan membebaskannya daripada tuduhan menghasut pada 17 Sept lepas.

"Tidak adil untuk tuduh (pihak kami) bertanggungjawab. Saya dah jelaskan, rakaman video mengenai tuduhan menghasut Ali Tinju tidak cukup, kalau cukup saya akan dakwa," katanya ketika ditemui pada majlis sama.


Tuan Rumah Berdepan Hukuman Mati Kerana Bunuh Perompak Yang Pecah Masuk Rumahnya


Syukur.. Malaysia masih Aman itu yang sering kita dengar . Namun hanya rakyat bawahan sahaja yang faham erti keamanan tersebut.

Malaysia merupakan negara islam yang tidak mengamalkan undang-undang islam dengan alasan tidak sesuai melaksanakan hukum hudud di Malaysia kerana berbilang kaum jadi tak hairanlah jenayah di Malaysia semakin meningkat.

tapi paling menyedihkan apabila tuan rumah cuba pertahankan rumah dirompak turut dikenakan hukuman mati. Adakah adil undang-undang seperti ini? bayangkan jika perompak cuba pecah rumah anda ingin merompak serta merogol anak dan isteri anda jika anda bunuh perompak tersebut anda akan dikenakan hukuman mati.

berikut printscreen yang ingin admin kongsikan kepada pembaca-pembaca sekelian tiada info penuh jika ingin tahu perkara sebenar anda pm sendiri Nik Aziz Afiq



Sayu : Ya Allah Rasa Tak Tertanggung Dugaan Yang Menimpa Adik Hasif 9 Tahun ini tidak sanggup kami lihat kesedihan nya ..


KUALA BERANG: Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak lemas ketika mandi di kawasan perkelahan Air Terjun Belukar Bukit, di sini, jam 11 pagi tadi. Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan mengenai kejadian itu, kira-kira jam 11.35 pagi.

Katanya, seramai 11 pegawai dan anggota bersama dua jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Zuraidi Mohd Yusof dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan kerja menyelamat. "Berdasarkan laporan awal, kita dimaklumkan sepasang suami isteri bersama tiga anak perempuan mereka lemas ketika mandi di kawasan perkelahan itu.

Hanya anak bongsu lima sekeluarga yang ditemui lemas di Air Terjun Belukar Bukit, di sini, selamat dalam kejadian kira-kira 10 pagi, hari ini.
Mohd Hasif, 9, selamat kerana sedang bermain pasir di tepi air terjun itu ketika kejadian.




Dalam kejadian itu, suami isteri dan tiga anak perempuan mereka ditemui lemas.
Kesemua mayat ditemui antara 12.17 hingga 12.37 tengah hari oleh orang awam dan Unit Penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mangsa dikenali sebagai Abdul Halim Samian, 44; Nurul 'Adila @ Salaiwati Awang, 39, serta tiga anak mereka, Nurul Arifah, 16; Nurul Aina, 11, dan Nurul Izah, 10.

Keluara berkenaan dipercayai menetap di Puncak Alam, Selangor.

Mereka pulang bercuti di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu sebelum pergi ke kawasan air terjun itu.

Pegawai Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pegawai Kanan Penguasa Bomba, Abdullah Zawawi Mohamed, berkata pihaknya terima panggilan kecemasan pada 11.35 pagi.

Katanya, anggota Balai Bomba Kuala Berang dan Kuala Terengganu ke lokasi kejadian.

"Ketika sedang mandi, secara tiba tiba mangsa dihanyutkan arus deras dipercayai berpunca daripada kepala air," katanya. Difahamkan keluarga berkenaan yang tinggal di Shah Alam, Selangor, pulang bercuti di Bukit Tunggal, Kuala Nerus, sebelum pergi berkelah di air terjun berkenaan.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Zuraidi Mohd Yusof berkata, mayat kelima-lima mangsa ditemui secara berperingkat oleh anggota penyelamat tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan lemas dengan mayat terakhir ditemui jam 12.37 tengah hari. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.-BH



FUHH GILA MEMANG LAIN!! Gambar Album Janna nick Ketika Zaman Persekolahan Bikin Teruja



Jangan pandang awek selekeh zaman sekolah takkan cantik di masa depan. Ni bukti. Janna nick ni sumpah cantik weh!! Mai tengok..tk rugi data tenet korang..


Biodata Janna Nick Heroin Drama Syurga Nur | Nama Janna Nick mungkin baru, ini kali pertama aku tengok lakonannya dalam drama Syurga Nur di Slot Akasia yang menggantikan drama Dia.. Isteri Luar Biasa. Agak cantik orangnya dan matang tapi umur masih muda gituw. Meh layan biodata Janna Nick. Teringin nak dengar Janna cakap bahasa utara mesti comelkan. 



Biodata Janna Nick :


Nama Penuh : Nurul Jannah Binti Muner

Nama Komersial : Janna Nick

Umur : 20 Tahun (2015)

Tempat Lahir : Sungai Petani, Kedah

Adik Beradik : Anak ke 2 daripada 4 beradik

Adik Perempuan : Nurul Balqish (11 Tahun) menjadi School Cheerleaders

Keturunan : Cina, Pakistan & Thai

Pendidikan : Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang

Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas

Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota (SPM - kerana tidak minat aliran sains)

Pencapaian Akademik : Mendapat 6A 2B+ dalam SPM

Profil Rasmi Facebook : https://www.facebook.com/pages/Janna-Nick

Profil Rasmi Twitter : https://twitter.com/jannanick95

Profil Rasmi Keek : https://www.keek.com/profile/janna_nick

Profil Rasmi Instagram : https://instagram.com/jannanick/?hl=en

Drama : Jodoh, Jodoh 2, Anak Ke-5, Keluarga Karaoke, Hidayahmu Ramadhan, Puasa Oh Puasa (Astro Ceria & Maya HD),  Syurga Di Wajahmu, Abang Sado Jemur Kain (Iris TV3), Syurga Nur

Telemovie : Ikatan (RTM), Cinta Vlog (TV9 - 2012)

Klip Video : Mikraj Cinta & Kayangan - Hyper Act



- Janna Nick bermula dengan iklan komersial dan video korporat. Ketika itu, usia dalam 5 hingga 7 tahun tetapi mengambil keputusan berhenti kerana mahu fokus belajar. Janna mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau tetapi menolak kerana ingin menumpukan kepada bidang lakonan. Dia merancang meneruskan pengajian di ibu negara.


Berminat berlakon sejak kecil dan sering memaksa mak membawa kemana ke mana-mana sesi uji bakat diadakan. Memang cita-cita mahu menjadi pelakon dan usahawan berjaya. Selepas mendapat keputusan A dalam semua subjek, Janna terus memohon keluar dari MRSM untuk bersekolah harian biasa.


Mengenai bekalan pendinding diri supaya tidak menjadi mangsa dan tersasar jalan, Janna menjaga solat dan banyakkan doa. Solat itu tiang agama dan ia pendinding terbaik buat kita. Dia tidak pernah tinggal solat walaupun di lokasi penggambaran. Tidak dinafikan, Janna jenis gila-gila dan tidak suka duduk diam tetapi apabila bersolat, orang sekeliling akan hormat dan jaga batas mereka. Mereka juga tidak cakap benda merepek. Andai tidak jaga solat, dengan sikap gila-gilanya, mungkin orang akan fikir Janna jenis murahan.


Friday, 18 December 2015

***TERKINI ! Pihak Penyelamat Temui Sesuatu MENGERIKAN !



SANTUBONG: Pihak penyelamat hari ini berjaya menemui organ dalaman menyerupai paru-paru manusia berkemungkinan milik jururawat, Nurul Wazieyana Mohd Yusof, 23, yang dilaporkan hilang selepas lemas di Pantai Pasir Pandak, di sini, Sabtu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Komander Operasi Muhammad Mirza Dzalmmira Miraz berkata, mereka menemui organ dalaman tersebut di celah-celah batu kira-kira lima hingga tujuh kilometer dari lokasi mangsa hilang kira-kira jam 10 pagi tadi.



Menurutnya serpihan organ dalaman berkenaan menyerupai paru-paru manusia, bagaimanapun mereka belum dapat memastikan sama ada organ dalaman itu milik manusia atau haiwan.

"Semuanya masih dalam siasatan dan kita sudah hantar organ berkenaan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk ujian forensik,"katanya dipetik laporan Harian Metro.

Isnin lalu, pihak penyelamat telah berjaya menemui pakaian yang dipakai oleh Wazieyana ketika dilaporkan hilang dimana terdapat kesan gigitan pada pakaian yang dijumpai tersebut.


Operasi berkenaan dilakukan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).



Cuba Perhatikan Betul2 Ada Sesuatu Yang Tak Kena 4 Gambar









Saturday, 27 December 2014

BIADAP ! Janna Nick Hina Mangsa MH370 ! Ni La Jadinya Bila Orang Bodoh Nak Jadi Artis !



Berjenaka mengenai nahas MH370 yang melibatkan 239 nyawa adalah sesuatu yang sangat tidak kena pada tempat dan situasinya dan niat pelakon baru Janna Nick bergurau mengenai perkara berkenaan, mendapat kritikan di Twitter.

UPDATE-1: Janna Nick telah pun memadam tweet berkenaan selain turut memohon maaf terhadap kesilapannya itu.



Melalui sedutan pendek dalam filem Dilwale yang menampilkan pelakon utama menari di atas pesawat, caption ringkas – MH370 ditemui… – sudah cukup untuk menimbulkan teguran dan juga kritikan dan ada juga yang menyokong pelakon baru ini dengan niat berjenaka.




Apa pun, jelas sekali apa yang disampaikan oleh Janna adalah menyentuh sensitiviti keluarga mangsa tragedi yang terlibat. Tahniah Janna, anda berjaya menambah seri penghujung tahun bagi memeriahkan industri seni tanah air dengan kontroversi.